CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Jom kliks

Tuesday, September 27, 2011

Hantaran Pertunangan Adik C. Da

Cuppies Fondant




Cuppies adalah hantaran untuk majlis hantaran pertunangan adik C.da. Cuppies ni akan dibawa ke Bagan Datoh, Perak. Dalam kesibukan C.da hanya ini yang mampu C.da siapkan. Cuppies fondant yang simple. Tak per Za za... ada lagi for your wedding. Insya'allah.


Cuppies Hantaran Pertunangan

cup cake buttercream jer. Tp ada sedikit kelainan pada dekonya.




Roses close up



Cuppies tempahan oleh Wardah untuk saudara terdekatnya sebagai 'gift' untuk majlis pertungan. Tempahan sebenarnya 1 set (16 bj) tp untuk hantaran hanya 6 biji sahaja, dan yang selebihnya adalah untuk makan-makan. Dekonya adalah idea dari Wardah sendiri yang mahukan roses dan dialas dengan lapisan kertas tisu yang lembut bewarna putih dan meroon.
Terima kasih Wardah

Saturday, September 24, 2011

tart & apam dot dot




Kedua-dua tempahan ni hanya utk makan-makan jer. Tak banyak cerita yg nak dikongsikan di sini. Ok jumpa lagi yer... bye



Friday, September 16, 2011

Layaaan yer

kek besday anak teruna c.da, Angah dah 4 tahun. Deco simple jer utk butter coklat kek yg akan di potong di nursery.






coklat kek + ganache



coklat moist kek + ganache



Butter kek tanpa deko












Tempahan Lalu

Salam... lama benar c.da tak update blog ni dgn tempahan yg telah c.da tunaikan. Bukan apa sejak dua menjak ni, c.da terima tempahan tart yg agak luar biasa. Kadang-kala sampai terlupa nak snap gambar. Ada juga yang terpaksa c.da tolak bila masa c.da yg teramat terhad ini. Ok la terus jer c.da uploadkan gambar yg mana ada, tak dak ideala malam ni, sebenarnya c.da tengah tonton temuramah dgn Tun Mahathir. Tokoh yang amat disegani. Ok la...Layaaaan

Wednesday, September 7, 2011

Bake With Me!

Alhamdulillah... terlaksana jugak impian c.da nak ubah suai skit kedai online c.da ni. Maklumla, tengok blog kawan-kawan yang glamour dan ceria. jadi dengan kepakaran yang tak seberapa ni... c.da cuba mengodek-godek la design yang sesuai. itu pun jenuh gak la. nak dapat hasil cam gini. Camana kawan-kawan? boleh la yer.
sempena dengan rumah baru ni, c.da dah buat penjenamaan semula... Tajuk bukan lagi Vistana Bakery tetapi dah jadi 'BAKE WITH ME!' (BWM). Kenapa BWN? kerana c.da pun nak ubah konsep entry c.da nanti... cadangnya nak masukkan resepi kalau ada yang menarik... bukan apa, c.da nak jadikan rujukan c.da sendiri. Tapi kalau ada yang nak cuba tu... no hal... c.da alu-alukan. Resepi c.da tu nanti adalah hasil masakan sendiri dan mungkin ianya hasil rujukan dari sumber-sumber lain. C.da akan nyatakan sumbernya.
Sebelum c.da terlupa alamat blog masih lagi http://vistanabakery.blogspot.com maklumla tapak rumah masih sama. Bersemangat pulak c.da menceceh ni, yer la last entry c.da bulan Julai lagi. Insa'allah lepas ni c.da akan kembali aktif walau ada FB tapi blog lagi best, boleh tulis panjang-panjang. Rasanya cukupla yer utk kali ni... sebenarnya menimbun gambar yg blm diupload... kena la cari masa yang sesuai. Ok.. byeeee

SELAMAT HARI RAYA




Alhamdulillah... dapat kita semua menyempurnakan puasa kita di bulan Ramadan, bagi meraikan kejayaan kita... sama-sama kita menyambut 1 Syawal dengan penuh keriangan. Bagaimana agaknya ramadan kita yang lalu adakah lebih baik dari tahun sebelumnya. Atau sebaliknya.. kerana tahun ini kita tetap sibuk dengan tempahan raya kita seperti tahun-tahun yang lepas. Walau apapun bagi diri c.da, raya ini sungguh bermakna kerana dapat berkumpul semua adik beradik dan saudara terdekat. walaupun c.da sempat balik kg hanya 5 hari, tapi ianya sangat berkualiti.

Buat semua pengunjung blog vistana bakery, c.da mengucapkan SELAMAT HARI RAYA DAN MAAF ZAHIR BATIN jika ada terkasar bicara dlam blog ini. utk entry kkuih raya, insya'allah c.da akan upload di mada akan datang.