CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Jom kliks

Tuesday, September 27, 2011

Hantaran Pertunangan Adik C. Da

Cuppies Fondant




Cuppies adalah hantaran untuk majlis hantaran pertunangan adik C.da. Cuppies ni akan dibawa ke Bagan Datoh, Perak. Dalam kesibukan C.da hanya ini yang mampu C.da siapkan. Cuppies fondant yang simple. Tak per Za za... ada lagi for your wedding. Insya'allah.


Cuppies Hantaran Pertunangan

cup cake buttercream jer. Tp ada sedikit kelainan pada dekonya.




Roses close up



Cuppies tempahan oleh Wardah untuk saudara terdekatnya sebagai 'gift' untuk majlis pertungan. Tempahan sebenarnya 1 set (16 bj) tp untuk hantaran hanya 6 biji sahaja, dan yang selebihnya adalah untuk makan-makan. Dekonya adalah idea dari Wardah sendiri yang mahukan roses dan dialas dengan lapisan kertas tisu yang lembut bewarna putih dan meroon.
Terima kasih Wardah

Saturday, September 24, 2011

tart & apam dot dot




Kedua-dua tempahan ni hanya utk makan-makan jer. Tak banyak cerita yg nak dikongsikan di sini. Ok jumpa lagi yer... bye



Friday, September 16, 2011

Layaaan yer

kek besday anak teruna c.da, Angah dah 4 tahun. Deco simple jer utk butter coklat kek yg akan di potong di nursery.






coklat kek + ganache



coklat moist kek + ganache



Butter kek tanpa deko












Tempahan Lalu

Salam... lama benar c.da tak update blog ni dgn tempahan yg telah c.da tunaikan. Bukan apa sejak dua menjak ni, c.da terima tempahan tart yg agak luar biasa. Kadang-kala sampai terlupa nak snap gambar. Ada juga yang terpaksa c.da tolak bila masa c.da yg teramat terhad ini. Ok la terus jer c.da uploadkan gambar yg mana ada, tak dak ideala malam ni, sebenarnya c.da tengah tonton temuramah dgn Tun Mahathir. Tokoh yang amat disegani. Ok la...Layaaaan

Wednesday, September 7, 2011

Bake With Me!

Alhamdulillah... terlaksana jugak impian c.da nak ubah suai skit kedai online c.da ni. Maklumla, tengok blog kawan-kawan yang glamour dan ceria. jadi dengan kepakaran yang tak seberapa ni... c.da cuba mengodek-godek la design yang sesuai. itu pun jenuh gak la. nak dapat hasil cam gini. Camana kawan-kawan? boleh la yer.
sempena dengan rumah baru ni, c.da dah buat penjenamaan semula... Tajuk bukan lagi Vistana Bakery tetapi dah jadi 'BAKE WITH ME!' (BWM). Kenapa BWN? kerana c.da pun nak ubah konsep entry c.da nanti... cadangnya nak masukkan resepi kalau ada yang menarik... bukan apa, c.da nak jadikan rujukan c.da sendiri. Tapi kalau ada yang nak cuba tu... no hal... c.da alu-alukan. Resepi c.da tu nanti adalah hasil masakan sendiri dan mungkin ianya hasil rujukan dari sumber-sumber lain. C.da akan nyatakan sumbernya.
Sebelum c.da terlupa alamat blog masih lagi http://vistanabakery.blogspot.com maklumla tapak rumah masih sama. Bersemangat pulak c.da menceceh ni, yer la last entry c.da bulan Julai lagi. Insa'allah lepas ni c.da akan kembali aktif walau ada FB tapi blog lagi best, boleh tulis panjang-panjang. Rasanya cukupla yer utk kali ni... sebenarnya menimbun gambar yg blm diupload... kena la cari masa yang sesuai. Ok.. byeeee

SELAMAT HARI RAYA




Alhamdulillah... dapat kita semua menyempurnakan puasa kita di bulan Ramadan, bagi meraikan kejayaan kita... sama-sama kita menyambut 1 Syawal dengan penuh keriangan. Bagaimana agaknya ramadan kita yang lalu adakah lebih baik dari tahun sebelumnya. Atau sebaliknya.. kerana tahun ini kita tetap sibuk dengan tempahan raya kita seperti tahun-tahun yang lepas. Walau apapun bagi diri c.da, raya ini sungguh bermakna kerana dapat berkumpul semua adik beradik dan saudara terdekat. walaupun c.da sempat balik kg hanya 5 hari, tapi ianya sangat berkualiti.

Buat semua pengunjung blog vistana bakery, c.da mengucapkan SELAMAT HARI RAYA DAN MAAF ZAHIR BATIN jika ada terkasar bicara dlam blog ini. utk entry kkuih raya, insya'allah c.da akan upload di mada akan datang.

Sunday, June 19, 2011

Jamuan perkahwinan Winnie

siap pek utk delivery


tiramisu in cup



triffle in cup

cream puff




fruit tart




Alhamdulillah... c.da mendapat tempahan untuk jamuan perkahwinan Winnie, tokey cosway pokok sena. Nasib baik c.da bawak siap2 pembantu dari kg utk tolong c.da siapkan tempahan ni. thank you very much buat adik bongsu c.da yg bertungkus lumus menjayakan tempahan ini utk di deliverkan tepat pada masanya.






















besday Kenot

Besday kek untuk kenot yang ke 13... ini lah hasil tempahan ad hoc . maaf yer k.zai mungkin tak seperti g dipinta. nanti order lagi...



Birthday Baba


kek tempahan k.wan bagi mewakili anak-anak utk celebrate besday baba (ayah). Kek ni kecik jer saiz 7 inci. Tq k.wan

tempahan hari guru









Ini semua koleksi tempahan hari guru yg c.da sempat ambik gambar dan sekarang baru sempat up load. Layannnn


Friday, May 27, 2011

1 kek utk 3 anak dara

kek coklat moist untuk Amira, Hanis, Aishah anak-anak dara kak hazita. Permintaan k.hazita kurangkan buttercream. tq.

cup cake Iqbal





Cc ni order dari cg SK Naiteh untu anaknya di pra sekolah melalui jiran c.da. Alhamdulillah produk c.da dah mula masuk kekawasan baru.

Friday, May 6, 2011

apam dot2 @ polkadot

pertama skali c.da nak ucapkan terima kasih yg tidak terhingga kepada pemilik resepi ni yg menjadi antara resepi yg paling hot kat internet. dan menjadi sumber rezeki c.da juga.

Lagi carrot cake

kek carrot mmg menjadi favourite order kebanyakan customer c.da..sehingga sapa yg c.da lupa sapa yg order... hu..hu.. maaf yer.

carrot kek mkn2

kek ni hanya utk makan2 jer tak der apa2 event pun... tp customer mintak ada hiasn skit... ok la kot cam tu jer idea c.da

Kek Bertunang




Kek pertunangan anak kawan c.da... tengok betul2, pelapiknya polistrin yg di oter utk saiz 8... coz kwn c.da dah sediakan kotak ber saiz 9' so... ngam2 ler kotak tu.


cheese cake



Belek blueberry... baru nampak cheese keknya. Tq Lela, my new customer.

Thursday, May 5, 2011

dari anak-anak

moist choc cake + ganache


K. yam tempah kek ni bagi mewakili anak-anak utk suprisekan abahnya. Tentu gembira sangay si abah bila sesekali dapat kejutan cam ni.

aiman birthaday





60 biji cppies yg ditempah tp tak muat utk satu kotak... so kenalah buat 2 siri cuppies. Tq k.wan, nanti kita berurusan lagi.

cuppies



Maaf yer... c.da lupa lak sapa yang mengorder cuppies ni... jom layannn jer...

besday hakim

coklat kek + filling cream oreo


Ini tempahan jiran c.da utk anaknya... happy besday hakim.

Sunday, March 6, 2011

Cup cake utk anak2


cc moist + bc
Cup cke dengan tema katun masih lagi menjadi pilihan pelanggan c.da.
mungkin ini untuk memancing selera anak-anak.
Tempahan dari suhana yang dah jadi regular customer,
boleh dikatakan setiap 2 minggu mesti ada order. tq suhana.

Afiqb 1 tahun



Span cok cake+bc
Afiq dah pun 1 tahun... decoration yang simple jer.
Afiq adalah anak sahabat c.da yang baru keluar hospital kena cirit birit. Dengarnya keracunan seafood. Besday tetap celebrate selepas keluar hospital.


Cup cake

cc moist + bc
Cc untuk makan-makan bagi memenuhi selera isteri dari suami kesayangan.
terima kasih daun keladi,
nak makan orderlah lagi.

Carrot Cake

carrot cake + cream cheese
Ini carrot cake tempahan k.sopiah dari tempat kerja c.da. Kek ni kaya dengan rasa cheese dan walnut yang menambat selera sesiapa sahaja yang belum pernah mencuba.

Sunday, February 20, 2011

Syahirah 1 tahun


coklat span kek + bc
selamat hari jadi baby shahirah.. dah pun satu tahun. Ini tempahan dari jiran baik c.da. Shahirah pulak satu pusat asuhan dgn alif anak c.da. Terima kasih atas respon kawan-kawan yang kaya kek c.da rasa macam kek sayang... melampau tu... apapun TQ

Tart Mania


RM 7 perpek(10 pcs)
Blueberry Cheese Tart nama diberi, disukai ramai dicari-cari... ini dia produk kegilaan pelanggan c.da... tiap-tiap hari laris. Apa pun terima kasi daun keladi... cuba skali, tempahla lagi.

Thursday, February 3, 2011

Birthday kek


2 bj kek Coklat Moist
Dua2 kek ni untuk org yang sama, mamanya order 2 bj coz ramai budak2 di perumahannya... so sebijik takut tak cukup. tapi kek2 tersebut adalah kek coklat lembab special buat SHAHIRAH... kenapa jadi Shuhada. Itu adalah silap c.da yng over confident... nama shuhada so dah tak tgk buku order. bila sip tulis, alamak.. shahirah la. maka terpaksala c.da meng-oter nama tersebut.
pengajaran buat c.da.

Jamuan Family

span coklat kek + span vanila kek
Kek untuk makan2 makan family yang ditempah oleh cg bukhari. Katanya dia tidak ragu-ragu dari segi penyediaan dan bahan yang digunakan, kerana semestinya c.da akan gunakan bahan yang halal dan suci. Insya'allah