CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Jom kliks

Monday, March 29, 2010

Kek lagi


Buttercream


Tuesday, March 23, 2010

VBC Kini Dibuka







Lokasi Kedai di Kg Bukit Payong, betul-betul tepi jalan utama Jerteh / Keruak sebelum simpang sekolah Men.Bukit Payong (kalau anda dari pekan Jerteh).







Masih banyak rak yang kosong dan perlu penuhkan dgn produk VBC. Kami juga membekalkan roti untuk edaran secara harian ke kebanyakan kedai makan di beberapa jalan utama di daerah besut. Tu yg tak sempat nk penuhkan kedai dengan produk dalam masa terdekat di tambah dengan pengambilan pekerja baru yang masih dilatih untuk memenuhi permintaan pasaran. Pengurus pun dok masih mencari idea utk produk yg sesuai dengan pasaran tempatan.







Di bahagian dapur semasa proses pembuatan dijalankan






Kini dah ada sebuah bakery di kelahiran Chek Da, BUKIT PAYONG, JERTEH. Operasi sebenar dah bermula sejak Dis 2009 tapi Vistana Bakery & Cafe beroperasi secara rasminya pada 19/3/2010 disebuah rumah kedai berdekatan dengan rumah Chek Da. So skrg ni senang sikit penduduk kat kawasan sekitar utk tempah kek dan makan roti panas. Mereka dah tak yah nak pi ke pekan jerteh semata-mata nak tempah kek, beli roti dan sebagainya. Banyak lagi idea yang Chek Da nak ketengahkan kat bakery dalam masa terdekat cuma masa dan jarak yang membataskan segala idea tu. Bagaimanapun, Alhamdulillah sekarang Chek Da dah boleh menarik nafas lega sebab dibantu oleh pengurus (Suhana/Siti) dan staff2 lain yang sangat komited.



Sunday, March 21, 2010

Cenderahati perkahwinan - mini cup cake

Tempahan oleh Fiza sebanyak 1000 paket. Jenuh pekerja pulun bg siap utk majlis istimewa pada 14/3/2010 yg lalu....

Kek 5 Tingkat

Semasa pemasangan kat meja makan pengantin

Ikut perbincangan awal dgn fiza memang nk set up kat sini. Tup2 bila dah siap pasang...akhirnya....

Akhirnya diminta pindah kat bahagian atas rumah lak takut di cubit oleh kanak2 yang ramai dok "menjeling manja".

Kek hantaran

Kek hantaran dari pihak lelaki utk Fiza.

Cuppies

Cuppies ni gak untuk hantaran Fiza buat bakal suami. Harap2 fiza berpuas hati

Tempahan Cup Cake


Kek Besday


Kek Lagi


Roti utk kedai


Friday, March 19, 2010

Kek Pertama Suhana


Kek pertama staff VBC suhana (sebelum ni dok buat roti je). Nampak nya dah ok tapi perlu banyak latihan dan kelembutan. Masih boleh di perbaiki lagi. Good job!!!

Wednesday, March 17, 2010

Kek Jima

??? Ni utk ABG yg mane ni...?

Kek bertunang

Punya la hati2 cek da duk siapkan kek ni tiba2 owner mai ambik naik motor. Pas tu bawa sorang2 lak tu. Tak tau la cane keadaan kek tu bila sampai kat umh dia. Jgn salahkan cek da lak kalau dah comot erk....

Monday, March 8, 2010

Kek Kawin 2 tingkat



Kek ni dua tingkat sebenarnya. Hasil second class dengan kak rani. Tinggal tingkat atas je coz tingkat bawah dah selamat buat kenduri dengan jiran2 semasa "bersidang" di waktu petang.

Monday, March 1, 2010

Anyaman Tikar


Kek lagi